KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipu yang menyamar sebagai pengurusan Bursa Malaysia di media sosial atau aplikasi mesej.
Sekarang ini, terdapat peningkatan dalam bilangan halaman dan iklan tajaan di Facebook yang menggunakan nama serta gambar Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
"Bursa ingin menegaskan bahawa halaman serta catatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Datuk Muhamad Umar Swift atau Bursa Malaysia, dan langkah-langkah telah diambil untuk melaporkan serta membuangnya," kata bursa itu dalam satu kenyataan.
Dalam satu kes baru-baru ini, pelaku penipuan yang menyamar sebagai Muhamad Umar mengesyorkan buku mengenai perdagangan saham, mendakwa bahawa ianya adalah hadiah percuma kepada mereka yang mengklik pautan perbualan.
Kes penipuan yang lain pula mengajak pengguna untuk menyertai kumpulan pada aplikasi pemesejan seperti Telegram atau WhatsApp bagi menerima tip berkenaan perdagangan saham.
Bursa itu mengingatkan orang ramai mengenai iklan tajaan di media sosial kerana ia hanya muncul kepada pengguna tertentu berdasarkan parameter algoritma yang ditetapkan oleh penipu.
"Kakitangan Bursa Malaysia tidak akan memberikan tip atau buku saham daripada akaun peribadi, malah tidak akan menghubungi maklumat pelabur di luar saluran bukan rasmi," katanya.
Bursa itu menggesa orang ramai yang menerima iklan tajaan yang mendakwa datang daripada Bursa Malaysia atau wakil mereka supaya menghantar e-mel kepada bursa2u@bursamalaysia.com dengan menyertakan tangkap layar serta URL iklan itu, bagi memudahkan tindakan menurunkan halaman palsu atau yang mempunyai niat yang tidak baik.
"Ingat, apabila ragu-ragu, sentiasa sahkan dan laporkan," katanya, sambil menambah bahawa senarai amaran penipuan ada disediakan di laman web Akademi Bursa (https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/investor-alert).
Sementara itu, Senarai Amaran Pelabur Suruhanjaya Sekuriti di https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investoralerts/investor-alert-list mengandungi senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan.
"Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dinasihatkan menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di talian 997 dan membuat laporan," katanya.
Mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pasaran saham dan mahu mendapatkan laporan penyelidikan penganalisis yang boleh dipercayai dipelawa melayari laman web Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com dan laman mikro rasmi -- Bursa Marketplace (https://www.bursamarketplace.com/) untuk mengetahui asas pelaburan serta Bursa Academy (https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/home), platform e-pembelajaran sehenti yang merangkumi tiga pasaran iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Terdapat peningkatan dalam bilangan halaman dan iklan tajaan di Facebook yang menggunakan nama serta gambar CEO Bursa Malaysia. - Gambar hiasan

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Keuntungan bersih Bursa Malaysia susut kepada RM57.06 juta akibat operasi yang rendah
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Bursa dibuka meningkat dipacu keadaan serantau lebih reda, belian terpilih
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata atau 0.08 peratus kepada 1,530.67 daripada 1,529.38 di akhir dagangan semalam.

Kenaikan Wall Street dorong Bursa dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.03 mata atau 0.26 peratus kepada 1,537.79 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas.

Ekovest, Lim Kang Hoo setuju lanjut hingga 29 Ogos ini bagi muktamadkan ambil alih CRSB
Ekovest berkata lanjutan berkenaan akan memberi lebih banyak masa kepadanya untuk mempertimbangkan cadangan pengambilalihan.

Bursa Malaysia dibuka 0.36 peratus lebih rendah, jejaki petunjuk global
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.59 mata kepada 1,535.73 daripada 1,540.32, yang juga paras tertinggi harian, ketika ditutup semalam.

Bursa ditutup pada paras tertinggi harian susulan belian pada saat akhir
Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu,

Bursa Malaysia susut pada hari kedua berikutan sentimen melemah
Bursa Malaysia susut 0.34 peratus ketika ditutup pada Selasa, penurunan hari kedua berturut-turut berikutan kekurangan sokongan belian dan ketiadaan petunjuk kukuh daripada indeks serantau utama.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.49 mata atau 0.36 peratus kepada 1,526.43 daripada 1,520.94 pada Khamis.

Bursa Malaysia meningkat semula, jejaki petunjuk dari Wall Street
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI meningkat 4.99 mata atau 0.33 peratus kepada 1,516.49 daripada 1,511.50 ketika ditutup semalam.