Burauen bakal jadi daerah angkat NGO Malaysia

Astro Awani
November 17, 2013 20:01 MYT
Burauen, sebuah bandar pertanian di Wilayah Leyte bakal dijadikan daerah angkat oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibangunkan semula.
Perkara itu diumumkan Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Menurutnya, perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat di Kuala Lumpur dan laporan mengenainya akan diusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kelulusan.
Abdul Azeez berkata pihaknya merasakan perlu Burauen dijadikan kampung angkat untuk tujuan pembangunan memandangkan terdapat 40 daerah dengan 70 peratus daripadanya terjejas teruk dibadai Haiyan.
Burauen merupakan bandar paling teruk terjejas dan adalah sebuah bandar terbesar di Wilayah Leyte terletak kira-kira 50 kilometer daripada bandar Tacloban dan mempunyai 55,000 penduduk, 12,000 unit rumah dan 77 perkampungan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#Burauen #daerah angkat #KP1M
;