Bunyi seperti ayam, rupanya tedung selar di belakang almari
Adie Sufian Zulkefli
Mei 30, 2020 17:22 MYT
Mei 30, 2020 17:22 MYT
Seorang petani terkejut bunyi seperti kokokan ayam hutan di belakang almari rupanya seekor ular tedung selar.
Terkejut dan panik petani itu bertindak mencapai telefon terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, pihaknya menerima laporan kejadian jam 1.15 petang Sabtu mengenai kehadiran ular tedung selar di rumah seorang penduduk di Kampung Dalam Jalan Perik, dekat sini.
Katanya, sebaik anggotanya tiba menemui ular itu di belakang almari di ruang tamu rumah terbabit.
Jelas Mohd Shukri, anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia berbisa itu.
Ular tedung selar sepanjang enam meter dengan berat 12 kilogram itu kemudian dibawa ke pejabat APM Padang Terap untuk tindakan lanjut.
#angkatan pertahanan awam
#Kampung Dalam Jalan Perik
#Kedah
#Padang Terap
#sembunyi belakang almari
#ular tedung selar