Bungkusan di Leboh Pasar, KLCC bukan bom
Astro Awani
Januari 12, 2013 13:04 MYT
Januari 12, 2013 13:04 MYT
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penemuan dua bungkusan disyaki bom di Leboh Pasar dan KLCC.
Bagaimanapun, tindakan segera diambil dan tiada sebarang bom dijumpai seperti yang dilaporkan.
Tambah Mohmad Salleh, beliau percaya ia merupakan tindakan provokasi pihak tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan.
"Sehingga jam 12, belum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami menjumpainya dua bungkusan yang disyaki bom di Leboh Pasar dan KLCC dan telah ambil tindakan," jelas Mohmad Salleh ketika dihubungi Astro Awani untuk bulletin 1 tengah hari.
"Ia tindakan tidak tanggungjawab untuk lihat perhimpunan menjadi tidak aman. Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua bungkusan tiada bahan letupan dan kawasan tersebut bebas dari sebarang ancaman," katanya lagi.