Bung Moktar mulakan tugas rasmi di Kementerian Kerja Raya Sabah

Bernama
September 30, 2020 12:11 MYT
Bung Moktar memulakan tugas rasmi di kementerian pagi ini. -Bernama
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini memulakan tugas rasmi di kementerian pagi ini.
Beliau tiba di pejabat Kementerian Kerja Raya di sini sebelum mengetip kad perakam waktu pada pukul 9.57 pagi bagi memulakan tugas di kementerian itu.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bersama warga kementerian itu.
Bung Moktar kemudian diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
#Timbalan Ketua Menteri Sabah I #Bung Moktar Radin #ketip kad perakam waktu #Richard Jomiji Kinsil #Pengarah Jabatan Kerja Raya #mulakan tugas rasmi
;