Bung Moktar emosi bila cadang tembak penjenayah dadah - KPN

Israr Khalid
Mei 17, 2016 13:58 MYT
Menurut Khalid, apa-apa cadangan dan tindakan mesti dibuat mengikut undang-undang dan peraturan. - Foto Bernama
Cadangan menembak penagih dan pengedar dadah sebagai langkah penyelesaian drastik terhadap jenayah tersebut tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebarang cadangan hukuman tidak boleh dibuat mengikut emosi.
"Apa-apa cadangan dan tindakan mesti dibuat mengikut undang-undang dan peraturan.
"Saya rasa Ahli Parlimen Kinabatangan sedikit emosi," katanya merujuk kepada cadangan yang dikemuka Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin ketika sesi bahas Rang Undang-Undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan rakyat pada Isnin.
Bung Moktar mengambil contoh apa yang dilakukan di Brazil di mana polis menyamar dan menembak penagih serta pengedar dadah, tanpa membawa mereka ke makhkamah untuk dibicara sebelum dijatuhkan hukuman.
"Saya pun tak tahu sama ada betul atau tidak Brazil buat begitu," ujarnya selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat, serah terima tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Keselamatan Dalam Negeri dan di Bukit Aman, hari ini.
#Bung Moktar #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #kon
;