KUALA LUMPUR : Sebahagian daripada bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Kampar, Perak rosak teruk akibat dilanda angin kencang pada petang Isnin.
Dalam perkongsian di laman Facebook sekolah itu, bumbung dilihat jatuh di perkarangan sekolah terbabit, selain bahagian atas bangunan terdedah kepada hujan dan angin kencang yang melanda.
Bagaimanapun tiada laporan kecederaan dibuat susulan kejadian tersebut.
Kejadian yang sama dilaporkan pernah berlaku pada April tahun lalu yang mana sebahagian bumbung kelas turut diterbangkan oleh angin kuat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam turut memberi amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Perak.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak iaitu Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
"Ia dijangka berlaku sehingga 11 malam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Nickyson Nyambar
Tue Feb 08 2022
![Bumbung sekolah di Kampar 'terbang' akibat angin kencang Bumbung sekolah di Kampar 'terbang' akibat angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644327035_SMKMethodistACSKa.jpg)
Dalam perkongsian di laman Facebook SMK Methodist ACS Kampar, Perak menunjukkan sebahagian daripada bangunannya terjejas akibat angin kencang yang berlaku pada petang Isnin. - Gambar Facebook Methodist ACS Kampar
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Hujan lebat, ribut sebabkan pokok tumbang hempap rumah, kenderaan di Perak Hujan lebat, ribut sebabkan pokok tumbang hempap rumah, kenderaan di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648562636_TBRIBUT.jpg)
Hujan lebat, ribut sebabkan pokok tumbang hempap rumah, kenderaan di Perak
Hujan lebat berserta ribut yang melanda beberapa kawasan di Perak hari ini, menyebabkan kejadian pokok tumbang dan menghempap rumah serta kenderaan milik penduduk.
![Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592912114_floodchina.jpg)
Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China
Banjir kilat berlumpur menjejaskan kehidupan penduduk setempat di wilayah Guizhou.
![Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552134809_ributputrajaya.jpg)
Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut
Beberapa kawasan di Putrajaya dilaporkan dilanda ribut kencang.
![Tujuh rumah termasuk markas PAS di Pinang Tunggal rosak akibat ribut Tujuh rumah termasuk markas PAS di Pinang Tunggal rosak akibat ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515618384_ributkudat.jpg)
Tujuh rumah termasuk markas PAS di Pinang Tunggal rosak akibat ribut
Enam rumah dan sebuah markas PAS di Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal rosak akibat ribut kencang pada Rabu.