Bumbung dua bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid yang menempatkan lapan bilik kelas diterbangkan angin kencang.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad itu, angin kencang itu turut menerbangkan beberapa zink bumbung sebuah bangunan menempatkan dua rumah guru dan sebuah rumah kakitangan pentadbiran sekolah tersebut.
Cermin sebuah kereta diletakkan di garaj rumah kakitangan pentadbiran sekolah itu turut pecah terkena bumbung garaj itu yang patah.
Penolong Kanan Kokurikulum SK Telupid. Wiwean Sangau, ketika dihubungi Bernama, berkata ketika kejadian tiada sesiapa berada di kawasan sekolah.
Katanya, kerosakan teruk membabitkan sebuah bangunan sekolah menempatkan empat bilik kelas untuk Tahun Lima dan Tahun Tiga apabila semua bumbung diterbangkan angin kencang.
Menurutnya, angin kencang turut menerbangkan separuh bumbung sebuah lagi bangunan sekolah menempatkan empat blik kelas Tahun Enam dan Tahun Dua.
Beliau berkata angin kencang turut merosakkan keseluruhan struktur perhentian bas berhampiran sekolah itu.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee meminta Kementerian Pendidikan mengambil perhatian kejadian membabitkan sekolah itu khususnya melaksanakan kerja pembaikan sebelum sesi persekolahan dibuka pada minggu hadapan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 17 2018
Bumbung dua bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid yang menempatkan lapan bilik kelas diterbangkan angin kencang, hari ini. Foto: Twitter/@bernamadotcom
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Menurut Agensi Cuaca Nasional, ribut tropika Usagi dijangka tiba di pantai timur laut negara itu dalam tempoh sehari lagi.
MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara
Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang membawa angin kencang dan cuaca tidak menentu.
Taufan Super Kong-rey landa Taiwan, seorang maut dan 73 cedera
Taufan Super Kong-rey melanda Taiwan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 73 cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri
Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.
Hujan lebat, ribut diramal landa Terengganu petang dan awal malam ini
Ribut ini dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam, menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau ini sehingga 28 Oktober.
Ribut Tropika Trami: METMalaysia keluar amaran cuaca signifikan hingga 28 Oktober
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 25 Oktober.
Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi - METMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Penduduk Florida siap sedia hadapi Taufan Milton
Pusat Taufan Kebangsaan menjangkakan kelajuan angin Milton akan mencapai sehingga 270 kilometer sejam sebelum ia mendarat.
Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
Empat maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.