Buli jalanan: Polis gesa pemandu Iriz hijau tampil

Astro Awani
Januari 20, 2023 23:50 MYT
Terdahulu media melaporkan, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham dalam kemas kini di laman Twitter mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. - Foto/Video Facebook JSPT
KUALA LUMPUR: Polis menggesa pemandu kereta jenis Proton Iriz, yang dipercayai berkaitan kes 'buli jalanan' melibatkan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, supaya tampil bagi membantu siasatan.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dalam kemas kini di laman Facebook berkata, satu video berdurasi 14 saat tular di laman sosial memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).
"Tindakan sebegini boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu yang lain.
"JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor.plat kenderaan ini telah dikenal pasti," demikian menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

I dont usually post these things but I was bullied on the road today. This car kept on pressing the brakes on the fastest lane. Super dangerous and I had my 2 year old with me. Was there for a good 1 minute before she (yes, she) changed to the next lane. pic.twitter.com/dBFli21eHU

— Nurul Ilham Anwar (@eelhumm) January 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu media melaporkan, Nurul Ilham dalam kemas kini di laman Twitter mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.
Anak keempat Anwar itu berkata, perbuatan itu dilakukan seorang wanita, yang didakwa beberapa kali menekan brek di lorong laju.
"Saya biasanya tidak berkongsi perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.
"Sangat bahaya dan saya mempunyai anak berusia dua tahun bersama saya. Berada di sana selama seminit sebelum pemandu wanita itu menukar ke lorong lain," katanya dalam kemas kini itu.
#Anwar Ibrahim #Anak Perdana Menteri buli jalanan #Perdana Menteri
;