Buku panduan imunisasi COVID-19 kini boleh diakses. Ini yang perlu anda tahu!

Hasimi Muhamad
Februari 16, 2021 09:44 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Secara rasmi bermula hari ini, orang awam boleh memuat turun Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan buku berkenaan berkata, ia merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara ini.
Berdasarkan buku panduan yang telah dimuat naik, lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau manual disediakan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Jelas kenyataan di laman sesawang itu, maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
[INFOGRAFIK] Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Berikut antara panduan tersebut:
PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN
i. Menerusi aplikasi MySejahtera.
ii. Laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.
PENDAFTARAN SECARA MANUAL
i. Boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian).
ii. Hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
iii. Menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. Klik di sini.
[INFOGRAFIK] Proses vaksinasi secara manual
PROSES VAKSINASI COVID-19 SECARA DALAM TALIAN DAN MANUAL
Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan).
Langkah 2 : Terima tarikh janji temu.
Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala.
Langkah 5: Daftar kod QR dan semakan identiti.
Langkah 6: Konsultasi dan mengisi borang kebenaran.
Langkah 7: Terima suntikan dan sahkan pemerimaan vaksin (Dos 1).
Langkah 8: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
Langkah 9: Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos).
Langkah 10: Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19.
Langkah 11: Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua).
Langkah 12: Hadir ke PPV.
Langkah 13: Saringan suhu dan gejala.
Langkah 14: Daftar kod QR dan semakan identiti.
Langkah 15: Terima suntikan dan sahkan pemerimaan vaksin (Dos 2).
Langkah 16: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
Langkah 17: Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi dafta manual)
Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan.
KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN
- Boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #program vaksinasi #COVID-19 #PKP #Kaedah pendaftaran vaksin #vaksin