Bukti biologi boleh bantu pasukan forensik kenal pasti mayat - Pakar

Astro Awani
Ogos 17, 2023 23:41 MYT
Dr Rabi'ah menjelaskan bila jasad sudah tidak sempurna, bukti biologi seperti gigi boleh membantu pakar forensik mengetahui umur mangsa. - Gambar Dr Rabi'ah Al Adawiyah
KUALA LUMPUR: Bukti biologi seperti gigi boleh membantu pasukan forensik untuk mengenal pasti jasad mangsa yang rentung dan berderai.
Menurut Pakar Pergigian Forensik dan Pensyarah Pergigian UM, Dr Rabi'ah Al-Adawiyah Rahmat, dalam situasi mangsa yang terbakar, pengecaman wajah sudah tidak boleh digunakan lagi.
Dr Rabi'ah menjelaskan, apabila jasad sudah tidak sempurna, bukti biologi seperti gigi boleh membantu pakar forensik mengetahui umur mangsa.
"Bila jasad sudah tidak sempurna, bukti biologi seperti gigi kita boleh dijadikan pengecaman apabila kita bandingkan dengan rekod pergigian yang boleh didapati.
"Kita boleh bandingkan, ini cara yang kita gunakan, melalui gigi juga kita boleh buat anggaran umur, ini juga membantu pasukan forensik untuk narrow down. Selain itu, kaedah ini ini boleh membantu untuk satukan jasad," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu katanya, DNA juga digunakan untuk membantu pasukan forensik mengecam mayat yang ditemui yang mungkin berkecai akibat kebakaran.
Dr Rabi'ah juga menjelaskan, proses-proses itu mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti mangsa kemalangan atau kebakaran.
#pesawat terhempas #mengenal pasti mangsa #satukan jasad #bukti biologi
;