Bukit Tabur: Lokasi indah yang meragut nyawa
Arfa Yunus
Januari 16, 2014 08:16 MYT
Januari 16, 2014 08:16 MYT
Hobi melakukan aktiviti lasak membawa padah bila pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Soleha Abdul Rahman maut selepas terjatuh ke dalam gaung sewaktu mendaki Bukit Tabur kelmarin.
Ini bukanlah kes pertama yang berlaku, malah puluhan nyawa melayang sejak beberapa tahun lalu.
Bukit Tabur sememangnya menjadi kawasan tumpuan bagi penggemar pendaki bukit dek pemandangan yang indah selain ia menyediakan cabaran mendaki.
Begitupun, amaran pihak berkuasa yang seringkali ditujukan kepada pendaki tentang bahayanya Bukit Tabur tidak diendahkan mereka, malah ada yang berani mendaki secara bersendirian.
Klik video untuk mengikuti tinjauan Astro AWANI di Bukit Tabur.