Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar

Zaim Ibrahim
Februari 28, 2018 13:00 MYT
Bukan hanya di Malaysia, malah oBike turut menjadi mangsa vandalisme di Australia dan Singapur.- Foto Ihsan Pembaca
Isu perkhidmatan perkongsian basikal, oBike, yang menjadi mangsa vandalisme di negara kita kembali diperdebatkan.
Ia memberi gambaran sikap dan minda masyarakat kita masih berada pada tahap rendah kerana basikal yang sepatutnya digunakan sebagai kemudahan, kini dirosakkan.
Namun demikian, oBike bukan sahaja menjadi mangsa kerakusan di Malaysia malah di beberapa negara luar nasib yang sama menimpa perkhidmatan berkenaan.
Ada yang menjadikan basikal berkenaan sebagai harta benda sendiri, dirosakkan serta dijadikan sebagai alat ganti untuk basikal lain.
Di Australia, oBike bukan sahaja diparkir di tempat yang tidak sepatutnya malah ada yang dibuang ke dalam sungai.

Another #obike going for a swim in the Yarra River. When will this end?? pic.twitter.com/wdhdCGaegP

— Brython14 (@Brython14) October 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Someone dumped this #obike in the Yarra! Please send my reward! pic.twitter.com/1Sm0vIEbMS

— Sarah Taylor (@SarahJMTaylor) August 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#obike fishing in the Yarra. Not the intended impact of this #startup #tech pic.twitter.com/ohGCc8KGSZ

— Matt Gillet (@Matt_Gillet) October 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah di Singapura, tempat terletaknya ibu pejabat oBike, turut menghadapi perkara sama.
Beberapa basikal oBike dijumpai di kaki lima rumah flat, dibuang ke dalam parit dan juga longkang.

so many people are taking advantage of the free usage of the ofo bicycles, example, my neighbours pic.twitter.com/thcZjORG3m

— A (@nrazntaazmnx) April 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera
Seperti yang berlaku di negara kita, di Singapura juga terdapat kes kunci basikal dirosakkan untuk kegunaan sendiri.

ofo bicycle with number plates and combination lock removed (S310236) pic.twitter.com/q1chtiICzb

— Steven Chan (@stingerx) April 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyediaan basikal oBike bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak dan juga bersenam.
Namun sampai bila mentaliti vandalisme akan terus jadi penghalang agar kemudahan yang disediakan mampu dinikmati semua pengguna.
BACA: Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
#Australia #kemudahan awam #kongsi basikal #Masyarakat #oBike #Singapura #tamadun #Vandalisme #vandalisme oBike #Yarra River
;