Bukan hanya gelang merah jambu untuk kuarantin? Ini tumpuan kenyataan KKM
Hasimi Muhamad
September 18, 2020 18:10 MYT
September 18, 2020 18:10 MYT
Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali melonjak kepada 95 kes, dengan 90 kes daripadanya direkodkan di Sabah.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, sebanyak 68 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 23 kes lagi adalah bukan warganegara.
Berikut lima tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini:
1. Jangkitan baharu COVID-19 kembali melonjak kepada 95 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 10,147 kes.
2. Sebanyak 91 kes jangkitan tempatan, sementara empat lagi adalah kes import. 90 kes direkodkan di Sabah.
3. Seramai 14 individu telah pulih, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya sebanyak 9,264 kes atau 91.3 peratus.
4. Satu kematian dicatatkan, jumlah kematian adalah 129 kematian atau 1.27 peratus.
5. Selain gelang warna merah jambu, gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning digunakan untuk kuarantin.
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Gelang kuarantin
#kes baharu
#KKM
#Kluster Benteng LD
#Noor Hisham Abdullah
#PKP