Bukan empat tetapi tiga nelayan yang hilang

Ridzal Abdullah
Disember 8, 2018 15:55 MYT
Polis Kontinjen Sabah mengesahkan hanya tiga nelayan yang dilaporkan hilang berdekatan perairan Pegasus Reef dan bukannya empat seperti yang dilaporan sebelum ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya juga menolak kemungkinan ketiga-tiga mangsa diculik ekoran tiada laporan polis dibuat oleh ahli keluarga atau mana-mana pihak.
Malah tegas Omar, pihaknya dan ahli keluarga tidak menerima sebarang tuntutan pampasan daripada penculik jika benar kesemua mangsa diculik.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang buat masa ini.
"Polis belum dapat mengesahkan fakta yang sebenar selagi tiada laporan polis secara rasmi diterima.
"Tetapi, ketiga-tiga mangsa terbabit tidak dapat dikesan serta tidak dapat dihubungi," katanya.
Sementara itu, menurut sumber Astro AWANI, tiga kru yang hilang dipercayai sebagai Heri, 19 tahun, Jari, 34 tahun dan Hariadin, 45 tahun.
#culik #hilang #kes orang hilang #nelayan #Omar Mammah #Pesuruhjaya Polis Sabah
;