KUALA LUMPUR : Detik yang pastinya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan mungkin juga pengembara dari luar negara, iaitu sempadan negara akan dibuka bermula jam 12 tengah malam ini.
Keputusan dibuat kerajaan itu selepas mengambil kira panduan sains dan fakta COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain serta demi memberikan keselesaan kepada pengembara.
Selaras dengan berita gembira itu, Astro AWANI akan membuka tirai detik bersejarah itu dengan perkembangan terkini dari bilik berita sehingga ke lokasi bermulanya rentas sempadan negara.
Seawal jam 12 tengah malam ini (1 April), di selatan tanah air, wartawan Astro AWANI di Johor Bahru akan berlintas langsung dari Tambak Johor sempena pembukaan sempadan negara.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Buletin Khas AWANI Pagi pula akan membawakan perkembangan terkini terus ke lokasi tumpuan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Hos Astro AWANI Afiezy Azaman dan Hafizi Rosli akan memberikan naratif terkini dan komprehensif acara ketibaan pesawat Etihad EY0418 dari Abu Dhabi ke KLIA.
Buletin AWANI 7.45 malam juga akan bersiaran secara langsung dari KLIA dengan lebih banyak kupasan terkini dan visual menarik pengembara tempatan pulang dan pelancong antarabangsa tiba ke tanah air selepas pintu negara dibuka dengan rasmi.
Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood juga akan bersama kami dalam Agenda AWANI jam 9 malam Jumaat.
Dalam masa sama, liputan bagi sambutan dan tinjauan akan turut dilakukan di sempadan-sempadan negara di Kedah dan Kelantan.
Astro AWANI juga akan menyambut acara bersejarah ini dengan menggunakan tanda pagar #BukaSempadan, #MalaysiaBangkit dan #MalaysiaSihat di platform media sosial kami. (Jika anda berminat untuk berkongsi saat-saat gembira tatkala kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-taulan tersayang,, jangan lupa gunakan tanda pagar ini.)
Selain pembukaan sempadan negara, bermula 1 April juga, solat berjemaah, solat Jumaat dan solat sunat tarawih tanpa penjarakan fizikal di semua masjid serta surau, juga berkuat kuasa selaras Fasa Peralihan ke Endemik.
Astro AWANI akan turut membawakan perkembangan dan kelancaran umat Islam menunaikan solat Jumaat terus dari lokasi seperti di ibu negara, Sarawak, Johor dan Terengganu.
Astro Awani
Thu Mar 31 2022

Jam 7 pagi, Buletin Khas AWANI Pagi akan membawakan perkembangan terkini terus ke lokasi tumpuan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Op Benteng: Penceroboh semakin berani, tidak endah arahan pengusiran
Ketika menghampiri perairan Pulau Jarak kira-kira 2.0 batu nautika, radar berjaya mengesan kira-kira 40 buah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia.

COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin
Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk membuka sempadan negara ketika Pandemik COVID-19, tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.