Buka sempadan: Malaysia iktiraf vaksin lulus kawal selia negara lain, WHO - Khairy
Hasimi Muhamad
Mac 24, 2022 19:03 MYT
Mac 24, 2022 19:03 MYT
KUALA LUMPUR: Sempena pembukaan sempadan negara pada 1 April, Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf pengembara yang telah melengkapkan rejimen penuh vaksin COVID-19 yang diluluskan di bawah Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia turut akan menerima vaksin yang telah diluluskan penggunaannya oleh pihak berkuasa kawal selia dalam negara lain, walaupun ia tiada dalam senarai itu.
"Senarai jenis dan jenama vaksin ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.