Buffet Ramadan: Harga bukan isu?

Astro Awani
Jun 19, 2015 08:03 MYT
Beri pendapat sebanyak mana anda rela, mampu atau ingin mengeluarkan belanja untuk menjamu selera di buffet Ramadan hotel atau restoran untuk berbuka puasa ? - Gambar Fail
Apabila tiba bulan Ramadan, antara aktiviti yang sering menjadi kemestian dan semakin menjadi budaya buat umat Islam di negara ini adalah berbuka puasa bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Oleh kerana kesibukan bekerja, kebanyakannya lebih gemar untuk berbuka puasa di hotel ataupun di restoran pilihan dan antara yang popular adalah menikmati kemudahan hidangan buffet.
Walaupun sajian buffet kadangkala boleh mencecah sehingga RM200 seorang, namun ada yang mengambil sikap tepuk poket, keluar dompet – bayar sahaja.
Namun masih ada tawaran hidangan buffet pada harga lebih berpatutan iaitu sekitar RM40 – RM50 seorang.
Sejauh manakah anda sanggup mengeluarkan belanja untuk menjamu selera di buffet Ramadan di hotel atau restoran untuk berbuka puasa ?
Kongsi pandangan dan sertai undian Astro AWANI.
#buffet #poll #puasa #Ramadhan
;