Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM

Irfan Faruqi
Februari 4, 2025 22:04 MYT
Sani Araby dalam program Agenda AWANI berkata bina semula Gaza bukan bermakna menganaktirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan dihulur dengan sukarela. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.

Ringkasan AI
  • Bendung Budaya Tidak Cakna: Perlu mengatasi sikap tidak peduli terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.
  • Bina Semula Gaza Secara Sukarela: Bantuan kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela dan tidak mengabaikan keperluan dalam negara.
  • Tindakan Segera untuk Gaza: Memulakan usaha membangunkan Gaza tanpa menunggu fasa kedua gencatan senjata, dengan tindakan tegas dari negara-negara serantau dan rakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, bina semula Gaza bukan bermakna menganaktirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan yang hulur kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela.
“Suara-suara kecil (yang tidak bersetuju) itu tidak mewakili mana-mana parti atau pihak majoriti dalam Malaysia.
“Kita cuma terkejut apabila suara itu muncul, di kala hampir dua tahun melihat kesengsaraan (rakyat Palestin) tetapi masih ada yang tidak cakna dan meletakkan sempadan. Budaya seperti ini perlu dibendung,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Tambah Sani Araby, usaha untuk membangunkan Gaza perlu bermula dari sekarang tanpa menunggu fasa kedua gencatan senjata memandangkan keadaan semasa Gaza yang hampir musnah secara keseluruhan.
Oleh itu, tiada langkah yang terlalu kecil untuk dilaksanakan bagi meringankan kesengsaraan penduduk Gaza dalam menghadapi kehidupan pasca perang yang berlarutan sehingga 15 bulan.
“Paling utama kita telah memalu satu kompang keamanan yang mana kita sebagai Pengerusi ASEAN telah memanggil negara-negara serantau dan negara-negara rakan untuk tidak terus menunggu sebelum berbuat sesuatu untuk Gaza.
“Sebaliknya, ambil tindakan tegas bina semula Gaza. Kita tidak bercakap untuk bina semula Gaza memandangkan 99 peratus telah menjadi padang jarak padang terkukur. Lebih baik kita mulakan dengan sesuatu,” ujarnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
#gencatan senjata #Gaza #Palestin #pembangunan semula
;