Budak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam parit
Bernama
Mei 11, 2020 10:58 MYT
Mei 11, 2020 10:58 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Parit Bugis, Panchor, dekat Pagoh, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhuan, berkata dalam kejadian jam 6.22 petang itu, saksi di lokasi kejadian melihat mangsa, P. Priaangka, terjatuh ke dalam parit sebelum hilang.
"Sebuah jentera dari BBP Pagoh berserta tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu. Operasi mencari dilakukan sejauh 1.5 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu dijalankan sehingga 9.30 malam dan disambung semula pag ini
-- BERNAMA