Budak jatuh longkang hilang dibawa arus deras
Sinar Harian
Oktober 8, 2019 07:51 MYT
Oktober 8, 2019 07:51 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun terjatuh ke dalam longkang dan dipercayai hilang dibawa arus deras di Taman Bukit Teratai, di sini, pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota bomba.
#Ampang
#arus deras
#bomba
#hilang
#Kanak-kanak
#longkang
#operasi
#Pandan Indah
#Taman Bukit Teratai