Budak 9 tahun dilapor hilang 4 hari lalu dijumpai selamat

Astro Awani
Ogos 7, 2015 23:58 MYT
Polis berkata kes itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Bendang Baru, di sini sudah dijumpai.
Nor Farizul Afiq Nor Lizan sebelum ini dilaporkan hilang pada Selasa malam lalu selepas meminta ibunya menggoreng telur untuk makan malam.
Afiq ditemui bapa saudaranya tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang Jumaat dan dibawa ke balai polis.
Menurut Afiq, pada malam kejadian, dia keluar rumah bersama seorang lagi rakannya.
Jelasnya, sejak keluar rumah, dia merayau sekitar pasar raya, makan di rumah kakak angkat rakannya dan tidur di surau.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, ASP Tuan Bee Anak Amba berkata kes itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
#dijumpai #hilang #kampung bendang baru #Kanak-kanak #nor farizul