Budak 5 tahun parah dilibas parang

Sinar Harian
Jun 25, 2018 13:31 MYT
Mahazam (dua dari kiri) diarah menjalani pemeriksaan selama sebulan di Hospital Tanjung Rambutan. - Foto SinarHarian.com
Seorang wanita yang mengaku melibas parang ke dahi kanak-kanak 5 tahun dalam kejadian Khamis lalu, diarah menjalani pemeriksaan mental oleh Mahkamah Sesyen tadi.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin mengarahkan tertuduh, Mahazam Ab Razak, 38, menjalani pemeriksaan selama sebulan di Hospital Tanjung Rambutan, Perak.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Zakwan Rizqin Mohd Za’ain dengan menggunakan parang di tepi Jalan Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok, pada jam 1 tengah hari, 21 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Julai depan.
#hospital tanjung rambutan #Kanak-kanak #Kelantan #Mahazam Ab Razak #Mahkamah Sesyen #pemeriksaan mental #Siti Hajar Alias #wanita