Budak 4 tahun maut ketika makan rambutan

Rohana Wahed
Januari 14, 2019 17:13 MYT
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan.
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan.
Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong sekitar jam 9 malam pada Ahad.
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan.
Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.
Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan.
Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.
#Kanak-kanak #keluarga #keselamatan #Kuching #mangsa #maut #meninggal dunia #Pasar Stutong #polis
;