Budak 4 tahun ditemui lemas dalam sangkar ikan

Sinar Harian
Mei 12, 2021 06:00 MYT
Anggota Bomba mengangkat jenazah Saini yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laguna di kawasan sangkar penternakan ikan Sungai Semerak pada Rabu. Gambar kanan: Mangsa, Saini Omar. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak, Saini Omar, empat tahun yang dikhuatiri hilang di laguna dekat kawasan sangkar penternakan ikan Sungai Semerak, di sini, ditemukan lemas pada Rabu.
Mayat Saini ditemukan lemas pada jarak 25 meter dari tempat dia dikhuatiri jatuh sebelum itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan I Ahmed Mazdan Jusoh berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan pada jam 8.30 malam.
"Dengan penemuan ini, maka operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kawasan sangkar penternakan ikan Sungai Semerak di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu mangsa, Saini dilaporkan terjatuh ketika sedang bermain di atas perahu secara berseorangan di hadapan rumah kelongnya sementara kedua ibu bapanya berada di dalam.
#Kanak-kanak #bomba #hilang #mayat #lemas #mangsa #Tok Bali #Sungai Semerak #Laguna #sangkar #penternakan ikan #sangkar ikan #Ahmed Mazdan Jusoh #terjatuh #bermain #rumah kelong
;