Budak 3 tahun terperangkap dalam kereta
Astro Awani
Mac 31, 2018 20:46 MYT
Mac 31, 2018 20:46 MYT
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap dalam kereta di Jalan Song berhadapan dengan sebuah pasar raya petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa pada jam 4.56 petang.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya seramai tujuh anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian bersama tiga anggota Unit Emergency Medical Rescue Service (EMRS) dari BBP Batu Lintang.
Jurucakap bomba berkata, komander operasi mengesahkan memang terdapat seorang kanak-kanak lelaki terkunci dalam kereta berkenaan.
Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dalam tempoh lima minit.
Mengulas lanjut, katanya, kanak-kanak itu kemudian dikeluarkan dan diserahkan kepada ibunya.