Sekumpulan penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter dan berat hampir 150 kilogram dalam satu kejadian di Kampung Mempakul, Menumbok, malam tadi.
Kehadiran 'tetamu tidak diundang' itu disedari seorang penduduk dikenali sebagai Mohd Sahrin Kamarin, 41 tahun, pada kira-kira jam 8 malam, ketika sedang berehat di beranda rumahnya.
Sebaik terlihat kelibat sang bedal tersebut, dia menjadi panik dan bergegas ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Menumbok yang terletak berhampiran bagi memaklumkan kejadian itu.
Menurut Pegawai APM Beaufort, Mohd Mayroof Koibil, pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menjalankan operasi menangkap buaya tersebut yang akhirnya berjaya pada jam 9.03 malam.
"Kita menerima maklumat sekitar jam 8.10 malam daripada salah seorang penduduk yang mendakwa terlihat seekor buaya berlegar di kediaman mereka dalam kejadian di Kampung Mempakul, Menumbok.
"Bertindak atas maklumat, tujuh anggota daripada APM Menumbok digegaskan ke lokasi dan sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati rumah berkenaan adalah berdekatan dengan sungai serta paya.
"Kami berjaya mengesan kedudukan buaya tersebut di bawah rumah berkenaan," katanya.
Tambahnya, buaya itu kini diletakkan di bawah pihak APM untuk tindakan lanjut.
Menurut Mohd Mayroof, reptilia terbabit disyaki sudah membaham beberapa haiwan ternakan di lokasi itu sebelum berjaya ditangkap.
Ruzaini Zulkepli
Wed Aug 08 2018

Buaya itu disyaki sudah membaham beberapa haiwan ternakan di lokasi itu sebelum berjaya ditangkap. Foto APM.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.

APM Besut tangkap ular sawa batik seberat 130kg
Seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Besut di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.

Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.

APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.

Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.

APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.

Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.

APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.