KUANTAN: Penduduk di sekitar Sungai Belat dan Sungai Kuantan di sini, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Rozaidan Md Yasin berkata kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar dari habitat asalnya.
Menurutnya kejadian limpahan Sungai Air Hitam, iaitu anak Sungai Belat dipercayai punca seekor buaya dikesan berada atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai di sini pada Isnin lepas, dan gambar reptilia itu ditularkan di media sosial, semalam.
"Pemantauan pihak kami pada 13 Disember mendapati buaya itu tiada di lokasi terlibat. Bagaimanapun, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berwaspada kerana anak sungai itu adalah habitat kepada buaya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Rozaidan berkata selain Sri Damai dan Air Hitam, penduduk kawasan Inderapura, Sungai Isap, Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan kawasan berhampiran tali air Kampung Razali serta Kampung Jawa juga perlu berwaspada.
Penduduk dinasihatkan mengelak daripada melakukan aktiviti berhampiran sungai dan memastikan terdapat jarak yang sesuai untuk memberikan masa dan peluang menyelamatkan diri jika terserempak dengan buaya.
"Berhati-hati jika menaiki bot dan seboleh-bolehnya posisikan diri di tengah-tengah bot serta buatkan bunyi bising kerana reptilia berkenaan menjadi kurang selesa sekali gus akan menjauhi bot.
"Jangan menghampiri sarang atau cuba menangkap anak buaya. Naluri keibuan buaya sangat kuat dan akan bertindak ganas jika diganggu," katanya.
Rozaidan juga menasihatkan penduduk untuk menggunakan lampu suluh semasa berada berhampiran air di waktu malam, bagi memudahkan mereka mengesan kehadiran reptilia itu yang matanya akan berkilau apabila disuluh.
Penduduk yang mengesan haiwan itu juga dinasihatkan agar tidak menghampirinya dan menghubungi segera Perhilitan di 09-5733811 atau hotline di 1-800-88-5151.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Rakaman tular seekor buaya yang dikesan berada atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai di sini pada Isnin lepas. - Media sosial
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Perhilitan akan mengambil langkah proaktif bagi membanteras perdagangan hidupan liar di pintu masuk negara.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.