Buat penilaian kendiri apabila pulang ke kampung - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Jun 13, 2020 16:17 MYT
Kita sendiri yang menentukan apakah yang baik dan tidak baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto fail Bernama
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman perlu membuat penilaian kendiri dalam memastikan diri dan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan yang selamat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, garis panduan yang ditetapkan sebelum ini masih terpakai dan perlu dipatuhi.
“Cubalah kalau di rumah yang kecil, tentulah mungkin kurang jumlah yang pernah kita benarkan dulu.
“Kalau boleh, tak perlu ramai dalam satu rumah. Seperti saya kata, lebih ramai dalam satu rumah dalam suana tertutup, lebih membahayakan.
“Kita sendiri yang menentukan apakah yang baik dan tidak baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
#balik kampung #balik kampung PKPP #garis panduan balik kampung #ismail sabri yaakob #keluarga #keselamatan #rumah
;