Buang stigma kos rawatan kesihatan mental mahal

Azyyati Ahmad
Disember 30, 2019 12:48 MYT
Menurut Dr Amer Siddiq Amer Nordin, kos rawatan untuk masalah kesihatan mental adalah sama seperti rawatan sakit yang lain.
Selain takut dan malu untuk mendapat bantuan dalam masalah kesihatan mental, stigma mengenai kos rawatan yang mahal juga antara punca mengapa masih ramai berdiam diri daripada mendapatkan rawatan.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, kos rawatan untuk masalah kesihatan mental adalah sama seperti rawatan sakit yang lain, dan saluran juga boleh dipilih sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
Katanya, mendapatkan rawatan di hospital swasta ada kelebihan dari segi pemilihan perawat dan keselesaan tempat.
Beliau turut menekankan, bahawa tahun 2020 adalah sekali lagi memperbaiki kepedulian tentang kesihatan mental dan stigma untuk datang ke hadapan.
Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Isnin bagi membicarakan topik Isu Kesihatan Mental: Langkah Kita 2020.
Turut sama dalam perbincangan itu ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan & Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Aida Syarinaz Ahmad Adlan dan Ketua Pelajar dalam Listening Project, Azreen Nisha Mohamed Azahari.
#kesihatan mental #Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya #Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin #stigma
;