BTN dan badan-badan yang digunakan untuk tujuan politik dikaji semula - Tun Mahathir

Azyyati Ahmad
Mei 28, 2018 19:10 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada badan yang akan dibubarkan kerana gaji kakitangannya dibayar menggunakan wang kerajaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan akan mengkaji semula badan-badan yang ditubuhkan atas kepentingan politik parti Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada badan yang akan dibubarkan kerana gaji kakitangannya dibayar menggunakan wang kerajaan.
"Banyak badan-badan kita dapati ditubuhkan bukan untuk kerajaan tapi untuk BN dan menggunakan wang kerajaan untuk membayar gaji," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai status kedudukan Biro Tatanegara, sekiranya terdapat perancangan untuk dimansuhkan.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
#Barisan Nasional #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri
;