BSC gempar lelaki maut terjun dari tingkat empat

Aizat Sharif
Julai 16, 2014 08:33 MYT
Motif lelaki ini terjun masih disiasat.
Pusat Membeli Belah Bangsar Shopping Centre (BSC) digemparkan dengan seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat empat bangunan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Bangsar itu, saksi mendakwa mangsa yang berusia dalam lingkungan 20an dikatakan telah naik ke tingkat empat pusat membeli belah berkenaan sebelum nekad terjun.
Mangsa maut apabila mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Motif dan kesihatan mental mangsa masih lagi disiasat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kita sedang mengesan waris mangsa dan juga latar belakang mangsa,”.
#lelaki maut #Pusat membeli belah Bangsar Shopping Centre #terjun