Britain setuju bantu Malaysia cegah, tangani rasuah - Tun M

Diyana Ibrahim
Oktober 2, 2018 14:06 MYT
Britain akan membantu Malaysia dalam menangani dan mencegah rasuah, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -Astro AWANI
Britain akan membantu Malaysia dalam menangani dan mencegah rasuah, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata tawaran itu dinyatakan oleh Britain semasa lawatan kerjanya selama empat hari di negara tersebut.
“Sambutan di Amerika Syarikat dan United Kingdom sangat memuaskan. Saya jumpa Theresa May di New York.
“Tetapi bila saya di London, kerajaan mereka bersetuju memberi taklimat mengenai cara melawan korupsi,” katanya sejurus tiba di Pangkalan Udara TUDM, Subang.
Pada masa sama beliau berkata mendapat layanan yang baik ketika lawatannya di Britain dan Amerika Syarikat.
“Layanan mereka sangat bagus. Saya tidak sangka pun. Sama seperti di Kuala Lumpur, mana saya pergi ada polis pengiring.”
#Britain #cegah rasuah #Mahathir Mohamad #Pangkalan Udara TUDM #Theresa May #TUDM #United Kingdom