BRIM pusingan kedua

Astro Awani
Januari 1, 2013 10:03 MYT
Proses pembayaran bantuan rakyat satu Malaysia, BRIM pusingan kedua akan dilaksanakan bermula Februari depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah selain 2.7 juta individu bujang.
Menurut Husni, ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai BRIM yang lepas atau yang belum pernah memohon masih berpeluang untuk berbuat demikian.
Sehingga kini sebanyak 2,684, 916 permohonan baru telah diterima untuk BRIM pusingan kedua.
Daripada jumlah itu, 1,823,039 permohonan diterima daripada individu bujang manakala baki 861, 877 permohonan diterima daripada isi rumah.
Rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500 manakala individu bujang pula yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan layak menerima bantuan RM250.
Seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BRIM pada 2011.
#BRIM #Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah #Menteri Kewangan Kedua #permohonan BRIM
;