BR1M tukar nama jadi BAHAM?
Astro Awani
Mei 27, 2018 21:52 MYT
Mei 27, 2018 21:52 MYT
Ketika ini sedang tular di platform sosial terutama WhatsApp mengenai tweet kononnya daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Paparan imej tweet berkenaan mengandungi kenyataan yang menunjukkan seakan Guan Eng mengumumkan penukaran nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Harapan 1Malaysia (BAHAM).
Proses verifikasi kami mendapati mesej tular berkenaan adalah palsu.
Malah Guan Eng tidak membuat sebarang tweet yang melibatkan penukaran nama BR1M.