BR1M satu kesilapan besar oleh kerajaan - Tun M
Haider Yutim
April 4, 2015 12:02 MYT
April 4, 2015 12:02 MYT
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.
Bercakap dalam sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu, katanya pemberian wang tersebut adalah salah.
"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat, mereka akan sokong kamu... ini salah.
"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir pada forum Global Leadership Series hari ini.
Katanya jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.
Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan ini jugak akan memberi kesan buruk kepada masa depan kerajaan yang memerintah.