BR1M dibayar mulai 1 Februari
Astro Awani
Januari 23, 2013 19:51 MYT
Januari 23, 2013 19:51 MYT
Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2 mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ia membabitkan peruntukkan RM3 bilion.
Pembayaran dibuat melalui pejabat daerah dan pejabat pegawai pembangunan zon di seluruh negara.
Husni berkata, BR1M yang diperkenalkan tahun lepas hanya melibatkan 4.1 juta isi keluarga .
Ia kemudian meningkat ekoran adanya pemohon baru melibatkan individu bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga.
Tambahnya bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.
Bayaran akan berlangsung sehingga 28 Februari dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkannya pada 2 Februari ini.
BR1M diperkenalkan bagi tujuan meringankan beban rakyat.
Setiap isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM3 ,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai sebanyak RM500.