BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Firdaus Azil
Mei 26, 2018 16:23 MYT
Mei 26, 2018 16:23 MYT
Walaupun Kerajaan Persekutuan sudah bertukar tetapi bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan tetap dibayar pada bulan Jun ini, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Dengan persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng berkata, bantuan itu turut diberi nama lain, dan maklumat lanjut akan diumum minggu depan.
Sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, Lim berkata Pakatan Harapan akan meneruskan polisi pemberian BR1M seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya.
#Aidilfitri
#Bantuan Rakyat 1Malaysia
#BR1M
#Dr Mahathir Mohamad
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum