Bot tunda tanpa kru dijumpai terdampar di Tambisan, Lahad Datu

Bernama
Julai 18, 2016 15:15 MYT
Pihak berkuasa sedang memeriksa bot tunda di Tambisan yang tidak mempunyai anak kapal. - Foto PDRM
Sebuah bot tunda tanpa kru dengan enjin masih hidup ditemukan terdampar di kawasan perairan Dent Heaven, Tambisan, Lahad Datu pagi tadi.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat perkara itu termasuk lima kru bot tunda rakyat tempatan yang dipercayai menaiki bot tunda berkenaan.
Bot tunda itu difahamkan akan dibawa ke pangkalan marin Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pegawainya berhubung kejadian itu.
#bot terdampar #bot tunda #Lahad Datu #PDRM #polis #Tambisan