Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan

Bernama
September 27, 2022 05:45 MYT
Maritim Malaysia telah menahan sebuah bot tunda berhampiran Pulau Burung, awal pagi Selasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot tunda berhampiran Pulau Burung, awal pagi Selasa.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, berkata bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut pada jam 9 pagi dan telah melakukan penahanan terhadap bot tunda berkenaan selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0)1952.
"Selepas pemeriksaan dibuat, pengemudi gagal mengemukakan dokumen berkaitan seperti ketiadaan nama 'master' di belakang Buku Certificate of Malaysia Registry dan gagal mematuhi keanggotaan seperti dalam syarat lesen perkapalan dalam negeri," katanya.
Katanya, bot tunda itu dikendalikan oleh tujuh kru dan kesemuanya mereka warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.
Bot tunda terbabit serta kesemua kru dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia #bot tunda #nelayan asing #Indonesia
;