Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas

Radhi Muslim
November 26, 2021 10:41 MYT
Mangsa berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama tiga lagi individu. -Astro AWANI
SANDAKAN: Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya terbalik dalam satu kejadian di perairan Kampung Semawang, Batu 19, Sandakan, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa berusia 14 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama tiga lagi individu.
Difahamkan, tiga individu berkenaan selamat selepas dibantu penduduk kampung berdekatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya kemudian menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.50 malam.
Menurutnya, sepasukan lima anggota bomba dari BBP Sandakan dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Bagaimanapun, mangsa belum berjaya ditemukan dan SAR ditangguh malam tadi.
SAR kemudiannya disambung pada pagi Jumaat dan kini sedang giat dijalankan.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada Jumaat.
#Kampung Semawang #Remaja perempuan #dikhuatiri lemas #Sandakan
;