Bot terbalik: Mayat wanita dijumpai dekat Pulau Berhala
Radhi Muslim
Mac 2, 2019 15:28 MYT
Mac 2, 2019 15:28 MYT
Satu mayat wanita dipercayai antara mangsa hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai jam 12.44 tengah hari Sabtu berdekatan Pulau Berhala.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid dalam satu kenyataan berkata mayat berkenaan ditemukan nelayan sebelum dimaklumkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Mayat wanita terbabit dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang lain juga masih diteruskan."
Empat mangsa masih dicari iaitu seorang bayi lelaki, kanak-kanak perempuan dan dua lelaki dewasa.
#APMM
#bot terbalik
#mayat dijumpai
#mayat wanita
#Mohd Khairulanuar Abd Majid
#Pulau Berhala
#pulau nunuyan
#Sandakan