Bot terbalik: Mayat terakhir ditemui

Muhafandi Muhamad
Oktober 7, 2014 10:00 MYT
Mayat Wan Nurhabib Naufal ditemui di bawah Jambatan Sungai Jambu, Tumpat, 15 kilometer dari tempat kejadian. -Gambar fail
Mayat terakhir mangsa tragedi bot terbalik di Sungai Golok tiga hari lalu, Wan Nurhabib Naufal Wan Ahmad Azli, 6 tahun, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 8 pagi tadi.
Mayat adik bongsu daripada tiga beradik itu ditemui di bawah Jambatan Sungai Jambu, Tumpat, 15 kilometer dari tempat kejadian.
Mayat adik Wan Nurhabib Naufal dibawa ke bilik mayat Hospital Pasir Mas, untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.
Dengan penemuan mayat terakhir ini, operasi mencari di Sungai Golok berakhir.
Pagi semalam, mayat kakaknya, Wan Nurdiana Nalia Wan Ahmad Azli, 10 tahun, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi di tebing Sungai Golok di Kampung Bakung, Pasir Mas.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua beradik ini termasuk ibunya, Rosmiwati Zakaria, 37 tahun, lemas apabila bot yang mereka naiki bersama 14 penumpang lain terbalik dan karam di Sungai Golok.
#Jambatan Sungai Jambu #Wan Nurdiana #Wan Nurhabib Naufal
;