Bot terbalik dibadai ombak, lima nelayan diselamatkan

Dewi Nur Harasha Alias
Mei 29, 2021 13:50 MYT
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, ketika semua nelayan terbabit dalam perjalanan pulang membawa hasil laut ke tempat pendaratan ikan di Pasar Bisik, Kuala Muda. - Gambar/ PDRM
KEPALA BATAS: Lima nelayan berjaya diselamatkan selepas bot mereka terbalik akibat dibadai ombak besar dalam kejadian di Sungai Muda, Penaga, di sini, pada Sabtu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, ketika semua nelayan terbabit dalam perjalanan pulang membawa hasil laut ke tempat pendaratan ikan di Pasar Bisik, Kuala Muda.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bot itu terbalik kira-kira 500 meter dari Pasar Bisik.
“Bagaimanapun dengan bantuan daripada bot nelayan yang lain, kesemua mangsa berusia 22 hingga 51 tahun berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
#bot terbalik #ombak besar #Sungai Muda #Kepala Batas #Pasar Bisik Kuala Muda