Bot nelayan Thailand karam di Tok Bali, semua mangsa selamat
Astro Awani
Februari 28, 2016 18:17 MYT
Februari 28, 2016 18:17 MYT
Sebuah bot membawa lima nelayan warga Thailand karam selepas dipukul ombak besar di perairan Bachok, Kelantan, namun semua mereka dilaporkan selamat.
Empat mangsa pertama berjaya menyelamatkan diri selepas mereka berenang ke tepi pantai manakala seorang lagi ditemui kemudiannya dalam keadaan berpaut pada sebuah tong yang terapung.
Bot terbabit sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari Tak Bai menuju ke Tok Bali melalui perairan Bachok.
Terdahulu, Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bachok, Ruslan Ismail memberitahu operasi mencari dilakukan dengan menjalankan operasi menyusur ke pantai kerana percaya mangsa hanyut dibawa arus menghala Tok Bali.
Semua nelayan yang selamat dirujuk ke Klinik Kesihatan Bachok bagi mendapatkan rawatan lanjut.