Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang

Aida Aziz
Februari 12, 2025 05:15 MYT
Sebuah bot nelayan kelas C musnah terbakar di pelantar ikan Hutan Melintang, dekat sini, sekitar jam 5.35 petang semalam. Tiada mangsa terlibat.
BAGAN DATUK: Sebuah bot nelayan kelas C musnah terbakar di pelantar ikan Hutan Melintang, dekat sini, petang semalam.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang sampai ke lokasi kejadian jam 5.49 petang.
Katanya lagi, bot berkenaan terbakar sebanyak 80 peratus.
"Seramai enam orang anggota bomba melaksanakan kerja-kerja memadam kebakaran.
"Bomba menggunakan konsep RECEO dan melakukan kerja memadam kebakaran menggunakan pam angkut dari sumber air terbuka," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Operasi tamat sepenuhnya jam 7.50 malam.
#bot nelayan terbakar #JBPM Perak #pelantar ikan #Hutan Melintang
;