Bot KD Perdana hilang telah dikesan - Panglima TLDM

Astro Awani
Mei 22, 2017 20:34 MYT
Kapal KD Perdana dilaporkan terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas. - Gambar fail
Bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa Tim Menggeledah kapal KD Perdana telah dikesan oleh pesawat Beerchcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kedudukan 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan, sebentar tadi.
Perkara itu disahkan oleh Panglima TLDM Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam kenyataan terbarunya di Twitter.

#SAR bot KD PERDANA. Ekoran laporan dari kapal dagang, pesawat Beechcraft #TUDM telah ditugaskan dan melaporkan bot dijumpai selamat

— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) May 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#SAR KD Perdana ships boat located by RMAF Beechcraft 90nm east of Kuantan following earlier sighting by a merchant ship. TQ to all!

— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) May 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Usaha SAR bot KD PERDANA dilakukan oleh semua pihak termasuk kapal dagang dan para nelayan di kawasan pencarian. Dipercayai hanyut ke utara pic.twitter.com/PAXof4OdK1

— Chief of Navy - PTL (@mykamarul) May 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KD Perdana telah terputus hubungan dengan bot yang membawa tim itu ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.
TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.
Fokus pencarian tertumpu di perairan Sedili dengan radius 120 batu nautika dari posisi terakhir bot tersebut dilihat dan terputus hubungan.
#bot #hilang #KD Perdana #Malaysia #tentera #TLDM #TUDM #Twitter
;