Bot karam: Tujuh lagi mayat dijumpai, jumlah korban meningkat kepada 24

Harits Asyraf Hasnan
September 4, 2015 19:05 MYT
Penemuan tjuh lagi mayat menjadikan jumlah keseluruhan 24 mayat dijumpai setakat ini. -Gambar fail
Tujuh lagi mayat mangsa bot karam terdiri daripada enam wanita dan satu lelaki tiba di Jeti Ladang Sungai Bernam, di lokasi Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di sini, kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Ini menjadikan keseluruhan 24 mayat mangsa dijumpai setakat ini.
Semua mayat berkenaan ditemukan berdekatan antara satu sama lain kira-kira lima atau enam batu nautika dari lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.
Semua mayat berkenaan dibawa oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), KM Nyalau dan dibawa ke tepian jeti menggunakan bot pengangkut Jabatan Bomba dan Penyelamat berikutan air cetek.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat di mana mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
#APMM #bot karam #mayat #operasi sar #Sabak Bernam #warga Indonesia
;