Bot karam Tawau: Tiga lagi mayat dijumpai hari ini, dua masih hilang

Bernama
Februari 10, 2017 19:10 MYT
Dengan penemuan tiga lagi mayat hari ini, usaha sedang giat dijalankan bagi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang. - Foto APMM
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam yang dipukul ombak ketika menghala ke Sungai Nyamuk pada Selasa lepas, menjumpai dua lagi mayat masing-masing di perairan Malaysia dan Indonesia, hari ini.
Menurut wartawan Bernama yang menyertai operasi itu, mayat pertama seorang kanak-kanak dijumpai di perairan Tinagat, Tawau oleh anggota Kastam sekitar pukul 3.50 petang.
Sejurus selepas itu mayat kedua, seorang lelaki dikesan menerusi helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Unarang, Indonesia kira-kira pukul 4 petang.
Operasi SAR pada hari ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik dan lautan yang tidak bergelora. -- Bernama
#Karam Tawau #mayat ditemui #Sungai Nyamuk
;