Bot karam: Seorang lagi akui hidup, dua masih hilang

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Jun 2, 2013 14:10 MYT
Seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini masih hidup dalam perkembangan hari ke-enam operasi mencari dan menyelamat bot karam di Giam Bungan, Belaga.
Ketua Polis Belaga DSP Bakar Sebau berkata seorang yang bernama Paulus Engkang telah menelefon saudaranya yang berada di Belaga menyatakan beliau masih hidup dan kini berada di Sibu.
Paulus dikhabarkan akan melapor diri di Balai Polis Sibu hari ini.
Dengan perkembangan itu mangsa yang hilang kini berbaki dua orang iaitu Maurice Ajan dan Roslin Jati manakala 205 orang selamat.
Sementara itu, Penduduk Kampung Uma Tevok di Long Buyun telah menemui beg Maurice Ajan yang turut mempunyai kad pengenalannnya pada Sabtu.
Mangsa berusia 22 tahun berasal dari Rumah Stephen Nanga Dap, Kanowit, Sarawak.
#Bakar Sebau #Belaga #bot ekspres
;